SALAM IKHLAS DAN SEJAHTERA dari kami.. Terima kasih atas kunjungan anda di blog ini / TEMBUAKAR CORPORATION [TIRA, DECOR_SYSTEMS, RANAU herbs

Halaman

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Maha Agung nama Tuhanmu [Allah] yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

SALAM IKHLAS

Selamat datang dan terima kasih kerana singgah di blog ini. Ikuti;

> Profil
> Coretan
> Gambar Pilihan
> Pautan
> Video Pilihan

Tinggalkan jejak anda. Terima Kasih Daun Keladi.


Cari CORETAN di sini

Jumaat, 18 September 2015

Jumaat dijual-beli

Sering saja kita melihat ada saja para peniaga dan pembeli masih berurusniaga sesuka hatinya pada hampir waktu, ketika atau sejurus selepas solat jumaat sedang Allah telah menjelaskan bahawa meninggalkan jual-beli pada 'ketika' itu. 


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),

Surah Al-Jumu'ah 62: Ayat 9

Maksud 'ketika' bukanlah semata-mata bermula ketika azan maka baru si peniaga menutup permisnya tetapi hendaklah segera! iaitu ketika hampir waktu anggaran ia tiba sebelum azan berkumandang maka ia sempat menutup dan berjalan menuju ke Masjid. Namun amat ramai pula yang kelewatan ke masjid bukan atas anggaran perjalanan tetapi anggaran khutbah sudah berlansung barulah pula ia tergesa-gesa menutup permisnya. Maka baginya sia-sialah pahala jumaatnya dan tidak ada keuntungan bagi manusia sebegini yang suka mengambil kesempatan sedang ia dalam keadaan aman, tidak bermusafir, atau darurat.

Ada pihak yang menganggap jual-beli wajib dihentikan terbatas kepada golongan lelaki sahaja kerana wajibnya solat jumaat ke atas mereka. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah. Allah menyebut 'wahai orang-orang yang beriman', bermaksud sekalian mukmin lelaki dan perempuan.

Dari segi pandangan sekalipun, membuka premis jualan ketika waktu jumaat adalah agak keterlaluan kerana tidak menghormati waktu solat malah seakan menggalakkan ada pembeli ketika waktu jumaat berlangsung walaupun peniaga meletakkan penjaga atau pembantu wanita ketika itu, permis hendaklah ditutup.

Di sesetengah tempat ada disediakan bazaar di tepi-tepi Masjid malah ada diantaranya masih menjalankan urusniaga terbuka walaupun khutbah sedang berlangsung, malah seusai solat Jumaat  tiba-tiba kita lihat ianya sudah terbuka sedia menanti jemaah yang keluar dari masjid untuk sudi singgah. Hal ini tidak mustahil berlaku di mana saja masjid yang menyediakan bazaar berhampirannya. 

Jika mereka pernah terdengar hadis Nabi ini;

‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:

أَنَّهُ نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ الأَشْعَارِ فِي الْمَسْجِدِ، وَعَنِ البَيْعِ وَالاِشْتِرَاءِ فِيهِ، وَأَنْ يَتَحَلَّقَ النَّاسُ فِيهِ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلاَةِ

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari melagukan sya’ir di masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, no. 6676. Abu Daud, bab: Larangan membuat halaqah di hari Juma’at sebelum solat, no. 1079. at-Tirmidzi, bab: Dibencinya jual-beli dan melagukan sya’ir di masjid, no. 322. Shahih Ibnu Khuzaimah, bab: Larangan jual-beli di masjid, no. 1304.

Kata at-Tirmidzi, hadis ‘Abdullah B. ‘Amru adalah hadis hasan, dan ‘Amru B. Syu’aib adalah Ibn Muhammad B. ‘Abdullah B. ‘Amru B. al-‘Ash. Hadis ini juga dihasankan oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Salim al-Hilali.

Setelah membawakan hadis ini, Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279) menyatakan:

وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ البَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي المَسْجِدِ، وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ

“Sebahagian ahli ilmu memakruhkan (membenci) urusan jual beli di masjid, dan ini adalah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq (Ibn Rohuyah).” (Sunan at-Tirmidzi, 2/139)

Manakala Syaikh Salim al-Hilali hafizhahullah menyatakan:

“Haram hukumnya berjual-beli di dalam masjid, kerana masjid adalah pasar akhirat. Termasuk adabnya adalah dengan menjauhkan masjid dari urusan dunia dan urusan-urusan lain yang tidak ada hubung-kaitnya dengan akhirat.” (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/371 – Daar Ibn ‘Affan)

Adapun tentang sya’ir, yang diharamkan adalah sya’ir-sya’ir jahiliyyah dan sya’ir-sya’ir ahli bathil. Atau apabila kebanyakan waktu dihabiskan untuk bersya’ir sehingga melalaikan dari menuntut ilmu, mempelajari al-Qur’an, berdzikir, dan bertasbih. (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/365 – Daar Ibn ‘Affan)

Manakala tentang membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan atau bulatan-bulatan majlis bicara) sebelum solat Juma’at, hukumnya adalah haram. Kata Syaikh Salim al-Hilali, “Haram hukumnya membuat halaqah sebelum solat di hari Juma’at. Khususnya bid’ah yang begitu menyebar di sejumlah besar negara Islam (pada hari ini), iaitu sebagaimana disebut dengan nama “kuliah agama khas hari Juma’at”. Ini termasuk dalam maksud larangan hadis tersebut. Di samping itu, perkara ini juga tidak pernah diamalkan oleh para salaf serta akan mengganggu orang-orang yang sedang solat (solat sunnah) dan berdzikir di hari Juma’at.” (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/376 – Daar Ibn ‘Affan)

Termasuk halaqah-halaqah yang dimaksudkan adalah bersembang-sembang, dan berkumpul-kumpul di masjid untuk membicarakan sesuatu.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي المَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً، فَقُولُوا: لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ

“Jika kamu melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah (kepada mereka), “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila kamu melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu.”.”

Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bab: Larangan berniaga di masjid, no. 1321.Kata beliau, hadis ini hasan gharib. Demikian juga Syaikh Muqbil, beliau menghasankannya dalam al-Jaami’ ash-Shahih mimma laisa fish-Shahihain, no. 1438.

Diriwayatkan juga oleh an-Nasaa’i, bab: Apa yang diucapkan kepada sesiapa yang berjual-beli di masjid, no. 9933. Dan Ibnu Hibban, no. 1650. Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth.

Diriwayatkan juga oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya, no. 1305 dan beliau menyatakan pada babnya:

الأمر بالدعاء على المتبايعين في المسجد أن لا تربح تجارتهما وفيه ما دل على البيع ينعقد وإن كانا عاصيين بفعلهما

“Perintah mendoakan orang yang berjual-beli di masjid agar tidak mendapat keuntungan dan dalil menyatakan bahawa jual-beli tersebut sah walaupun keduanya telah melakukan dosa disebabkan perbuatan tersebut.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/274)

Imam ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan maksud hadis ini dengan katanya:

فيه دلالة على تحريم البيع والشراء في المساجد وأنه يجب على من رأى ذلك فيه أن يقول لكل من البائع والمشتري لا أربح الله تجارتك جهرا زجزا للفاعل لذلك يقول والعلة هي قوله فيما سلف فإن المساجد لم تبن لذلك وهل ينعقد البيع قال الماوردي: إنه ينعقد اتفاقا

“Hadis ini menunjukkan pengharaman jual beli di dalam masjid, dan orang yang menyaksikan transaksi tersebut hendaklah mengatakan dengan jelas, “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”, sama ada kepada pembeli atau penjual, sebagai peringatan untuk mereka yang melakukannya. Dan alasannya adalah hadis Nabi yang telah disebutkan, “Bahawa masjid bukan dibina untuk perkara tersebut (urusan jual-beli).” Tetapi adakah jual-belinya sah? Kata al-Mawardi: jual-belinya tetap sah dengan ittifaq ulama.” (Subulus Salam, 1/297 – al-Maktabah at-Taufiqiyyah)

Demikian juga Imam asy-Syaukani rahimahullah, beliau menegaskan:

يدلان على تحريم البيع والشراء وإنشاد الضالة وإنشاد الأشعار والتحلق يوم الجمعة قبل الصلاة

“Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa diharamkan jual-beli, membuat pengumuman berkenaan kehilangan, pembacaan sya’ir (di masjid), dan membuat halaqah-halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.” (Nail al-Authar, 2/166)

Wallahu a’lam.

Perkongsian hadis : http://fiqh-sunnah.blogspot.my/


tembuakar@yahoo.com

Rabu, 12 Ogos 2015

Perginya al-Farouq

Salah seorang Khulafa’ Ar-Rasyidin, yang telah membuktikan diri sebagai penolong agama & berjihad dengan nama Rabbul ‘Alamiin. Khalifah yang berhasil memadamkan api kejayaan majusi, sehingga orang-orang kafir sangat benci kepadanya. Inilah saidina Umar bin Khattab r.a.

Diantara mereka yang paling menonjol kepada saidina Umar r.a adalah Abu Lu’lu’ah Al-Majusi,
seorang budak yang berprofesi tukang kayu sekaligus pandai besi & tinggal di Madinah. 


Ia membuat suatu alat yang biasa digunakan untuk menggiling tepung. Alat itu terdiri dari 2 batu yang dibelah. Satu batu ditaruh di atas yang lain. Lalu biji gandum dilemparkan ke tengah-tengahnya, kemudian diputar dengan tangan. Rupanya dia sedang menunggu saat yang tepat untuk membalas dendamnya terhadap Saidina Umar r.a. suatu ketika Saidina Umar r.a menjumpainya di jalan & bertanya, 

“Aku dengar kau pernah berkata, 
‘Kalau mampu, aku akan membuat penggiling gandum yang digerakkan dengan angin.’
Benarkah?” 


Budak itu menoleh ke Saidina Umar r.a dengan muka masam. 

“Ya. Benar. Aku akan membuat untukmu alat giling yang akan menjadi pembicaraan manusia dari Barat hingga ke Timur,” katanya. Saidina Umar r.a lalu berkata kepada orang-orang yang menyertainya,
“Budak itu mengancamku.” 


Setelah itu, budak tadi membuat sebuah pisau yang mempunyai dua mata. Penggunaan pisau itu dengan memegang bagian yang ada diantara 2 matanya. Jika seseorang ditusuk dengan 1 matanya, akan terbunuh. Demikian juga bila diyusak dengan matanya yang lain. Budak itu juga melumuri pisau tersebut dengan racun. Sehingga ketika seseorang ditusuk dengan pisau itu, boleh jadi ia mati kerana kekuatan tusukan, atau kerana racunnya. 

Hingga datanglah saat itu, ketika ia mengendap-endap di kegelapan malam. Ia bersembunyi di sebuah pondok masjid, menunggu kedatangan Saidina Umar r.a. ia tetap berada di tempat itu, sampai akhirnya Saidina Umar r.a masuk masjid membangunkan orang-orang untuk mendirikan solat. Lalu dirikanlah solat dengan Saidina Umar r.a sebagai imamnya. 

“Allahuakbar”, Saidina Umar r.a bertakbir. 

Ketika ia mulai melantunkan ayat-ayat Al-Quran, budak tadi keluar dari tempat persembunyiannya. Secepat kilat ia menyerang Saidina Umar r.a dengan 3 tusukan sekaligus. Tusukan pertama mengenai dada, kedua mengenai perut & tusukan yang terakhir mengenai bagian bawah pusar. Saidina Umar r.a menjerit & rebah ke tanah. Dalam pada itu, ia mengulang-ulang firman Allah SWT, 

“dan ketentuan Allah adalah takdir yang pasti akan terjadi.”
(Al-Ahzab: 38) 


Lalu Abdurrahman bin ‘Auf maju menggantikan Saidina Umar r.a untuk menyelesaikan solat jemaah tersebut. Sementara itu, setelah menusuk saidina Umar r.a, budak tadi menerobos ke barisan kaum muslimin dengan pisaunya yang diayun-ayunkan ke kiri & ke kanan. 

Ada 17 orang yang terkena pisau itu. 7 diantaranya meninggal dunia. Lalu ia berhenti dengan menghunus pisaunya. Setiap orang yang mendekati, pasti diserangnya. Sampai ada seseorang yang melempar sebuah kain selendang tebal ke arahnya. 

Budak itu terhuyung-hayang. Ia merasa kaum muslimin akan segera meringkusnya. Seketika itu, ia hunjamkan pisau yang dibawa ke tubuhnya sendiri. 

Saidina Umar r.a langsung dibawa ke rumahnya. Orang-orang yang menunggu di sekitar rumahnya, menangis semua. Saidina Umar r.a pengsan sehingga terbitnya matahari. Ketika sedar, dipandang wajah orang-orang yang berada di sekelilingnya. 
Pertanyaan pertama yang diucapkan adalah, 

“Apakah manusia sudah solat? 

Mereka menjawab, “Sudah.” 

“Segala puji bagi Allah. Sesungguhnya tidak dianggap Islam, orang yang meninggalkan solat.” Katanya. 

Saidina Umar r.a lalu meminta air untuk berwudhu’. Sebenarnya ia hendak berdiri untuk mengerjakan solat, namun tidak termampu. Ia kemudian meraih tangan anaknya, Abdullah r.a untuk mendudukkan tubuhnya di belakang Abdullah r.a. saidina Umar r.a duduk bersandarkan anaknya. 

Darah terus mengalir dari luka bekas tusukan. Abdullah bin Umar r.a berkata, “Demi Allah, aku mencuba menutupi luka itu dengan jariku, namun darah terus mengalir. Hingga akhirnya kami ikat lukanya sengan serban.” Demikianlah saidina Umar r.a menunaikan solat subuhnya. 

Setelah itu saidina Umar r.a berkata kepada Ibnu Abbas r.a, “Lihatlah, siapa yang telah membunuhku?” Dijawab, “Engkau diserang oleh seorang budak Majusi. Beberapa orang juga telah diserangnya, lalu ia bunuh diri”. Saidina Umar r.a berujar, “Segala puji bagi Allah yang menjadikan pembunuhku tidak dapat memusuhiku di hadapan Allah dengan 1 sujud pun ( kerana si pembunuh seorang kafir, yang tidak mungkin sujud kepada Allah swt). 

Setelah itu seorang tabib mengubatinya. Tabib itu menuangkan air yang bercampur kurma sehingga dari luka saidina Umar r.a keluarlah air. Ia mengira yang keluar dari luka Saidina Umar r.a adalah cairan darah & nanah. Lalu menuangkan susu. Sesaat, susu itu keluar dari luka di bawah pusar. Tabib berkesimpulan bahawa tusukan budak itu telah merobek tubuhnya.
Ia lalu berkata, “wahai Amirul mukminin, berwasiatlah.
Aku yakin kalau tidak hari ini, pasti besok engkau akan meninggal.” 


Saidina Umar menjawab, “Engkau benar. Andai sahaja engkau tidak mengucapkan yang seperti tadi, pasti kau telah berbohong. Demi Allah, seandainya aku miliki semua isi dunia, akan kugadaikan demi menghadap dasyatnya suatu hari saat menghadap Allah,” lanjutnya. 

Ibnu Abbas r.a berkata, “Kalau kau berkata begitu, semoga Allah memberikan balasan kebaikan bagimu. Bukankah Rasulullah s.a.w pernah berdoa agar Allah memuliakan islam denganmu & kaum muslimin, ketika mereka dicekam dengan ketakutan di Mekah?
Ketika kau masuk Islam, keislamanmu membawa wibawa & kesucian.


Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiw-W4dqIaFUPpN_iQMLjIZz38nsd-vPZUWzKaPDOR3RiRwJwLIICOxrFjQ1Aw6v6yh-s-cRtcGaS46LTjf6qgmaQHZISFMZatrahp5iZmF0sY9qAr8mA2A7W8SGwrPUYjFn22gQWgYt5uF/s400/4929900908_d5008c23cd_z.jpg

Kemudian kamu berhijrah. Hijrahmu menjadi pembuka. Kamu pun tidak pernah tertinggal dalam peperangan yang diikuti Rasulullah s.a.w melawan orang-orang musyrik. Lalu Rasulullah s.a.w wafat dalam keadaan redha terhadapmu & digantikan oleh seorang khalifah, saidina Abu Bakar As-siddiq r.a. ia lalu wafat dalam keadaan redha terhadapmu. Kemudian sebagai pengganti, engkau pimpin manusia dengan baik. Denganmu, Allah membuka menaklukkan negeri-negeri sehingga mengeluarkan harta & memberangus musuh-musuh. Kemudian, Ia menganugerahimu dengan syahadah. Sungguh! Keberuntungan nyata bagimu.” 


Saidina Umar r.a menanggapi, “Demi Allah, orang yang tertipu adalah yang tertipu (dengan ucapanmu). Apakah engkau bersedia menjadi saksi atas semuanya tadi di hadapan Allah, kelak ketika bertemu dengan-Nya?” 

“Ya,” jawab Ibnu Abbas r.a. berbahagialah wahai Umar r.a. ia berkata, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu.” Kemudian orang-orang yang berdatangan & memuji beliau. 

Tiba-tiba datanglah seorang pemuda & berkata kepadanya, 
“Berbahagialah engkau Wahai Amirul Mukminin. Kau menjadi sahabat Rasulullah s.a.w, kemudian menjadi khalifah yang adil, lalu mati syahid.” 

Saidina Umar r.a berkata, 
“Aku cukup merasa senang ketika keluar dari dunia, dalam keadaan telah melaksanakan semua tugas. Tak perlu tambahan (pujian) bagiku.” 

Ketika pemuda itu pergi, kain yang dipakainya menjulur ke tanah. Saidina Umar r.a meminta pemuda itu didatangkan kembali. Kepadanya, ia berkata, “hai anak saudaraku, angkatlah kainmu. Yang demikian lebih bersih bagi pakaianmu & lebih taqwa di sisi Rabbmu.” 

Berikutnya, rasa sakit yang dialami saidina Umar r.a bertambah parah. Dan kepayahan itu pun telah menyelimuti dirinya. Abdullah bin Umar r.a berkata, “Ayahku pengsan. Lalu kuletakkan kepalanya di atas tanganku. Ketika sedar, ia berkata, ‘Letakkan kepalaku di atas tanah,’ lalu pengsan kembali. Kupegangi kepalanya dengan tanganku. Ketika sedar lagi, ia mengulangi pintanya, ‘Letakkan kepalaku di atas tanah.’ Aku berkata, “Wahai ayah, apakah tidak sama saja, antara tanganku & tanah?” 

Ia menjawab, “temukan wajahku dengan tanah. Semoga Allah mengasihaniku. Kalau aku sudah mati, segeralah kuburi aku. Yang demikian adalah kebaikan yang kau segerakan bagiku, atau sebuah kejelekan yang kau lepaskan dari pundak kalian.” Ia berkata lagi, “Celakalah Umar, celakalah ibunya, jika Allah tidak mengampuninya. 

Lalu tubuhnya melemah & ia menghadapi sakaratul maut dan...Meninggal dunia menghadap Ilahi..
saidina Umar r.a dikuburkan di samping 2 orang sahabatnya, Rasulullah s.a.w & Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. 


Ya. Umar r.a telah meninggal dunia. Tetapi bayang-bayang kepribadiannya tak pernah mati. Ia telah mempersiapkan amal solehnya & darjat yang tinggi. Tilawah qurannya menemaninya di alam kubur. Demikian pula dengan tangisnya kerana takut kepada Allah swt. Solatnya melindunginya dari dasyatnya alam kubur & jihadnya telah meninggikan darjatnya. 

Ia telah berpayah-payah sebentar di dunia untuk kemudian beristirehat lama di akhirat kelak. Ia telah disebut Rasululah s.a.w sebagai salah seorang dari 10 orang yang dijamin ahli syurga. 

Bahkan dalam sebuah riwayat Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w pada suatu hari bersabda, “ketika tidur, aku bermimpi berada di syurga. Aku melihat seorang perempuan berwudhu di samping sebuah istana. Aku bertanya, “milik siapakah istana ini?” Dijawab, “Milik Umar r.a.” lalu disebutkan kecemburuannya & aku lari daripadanya.” Saidina Umar r.a lalu menangis & berkata, “Apakah kepada engkau aku cemburu, wahai Rasulullah s.a.w?” 

Inilah teladan orang-orang yang soleh. Mereka meyakini datangnya ajal, bersiap-siap menghadapinya setiap waktu.

Allah SWT berfirman:
"Allah memegang nyawa (seseorang) pada saat kematiannya & nyawa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya & Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir."
(Az-Zumar, 39: 42)


Terima Kasih : allahseeker.blogspot.com

tembuakar@yahoo.com

Sabtu, 13 Disember 2014

Buih di lautan - 1

Institusi perkahwinan yang dicadangkan oleh Rasullullah SAW kepada umatnya adalah bertujuan untuk membentuk umat/ generasi Islam yang kuat namun amat sedikit yang memahaminya, amat sedikit pula yang mengamalkannya dan amat sedikit pula yang berani menegakkannya.

Lelaki adalah mempunyai sifat semulajadi yang difitrahkan oleh Allah sebagai penguasa, pentadbir, pengurus, penasihat, pengawal dan pemberi ingat kepada kaum yang lemah atau khususnya kaum wanita.

Tetapi kebanyakkan daripada lelaki sekarang biasanya akan memberikan fitrah ini kepada lelaki yang tidak sepatutnya malah lebih teruk lagi bertukar peranan dengan kaum wanita. Inilah yang digambarkan sebagai umat yang umpamanya buih di lautan. Lemah dan kebanyakkan daripadanya adalah dayus.

Gambar: Maaf jika menyinggung banyak pihak, tetapi lihat apa maksud tersirat di dalamnya. Pemain Bola Tampar Wanita terkenal Kazashtan

Mengambil calon pasangan dengan cara yang mudah dengan mengambil langkah selamat adalah baik namun hakikatnya umpama kita hanya pengguna barangan yang siap, dan tidak ingin berusaha dan bersusah-payah menggalas amanah yang sepatutnya diamanahkan kepada lelaki Islam (kuat). Orang memanggilnya play safe. Sikap ini pula akan membentuk perwatakkan 'peduli apa', 'aku-aku', 'dia-dia', 'ramai lagi yang boleh buat', dan macam-macam lagi ragam perwatakkan kehidupan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang ummah. Jika orang sebegini menjadi pemimpin maka akan rosaklah generasi kerana dia hanya akan memikirkan kultusnya, kantongnya, nafsunya dan hanya akan tinggal dalam zon selesanya atau duduk dikerusi malasnya saja.

Dalam ibadah lelaki sebegini hanya akan beribadah ketika perlu atau riak, yang wajib sendiri tidak dijaga, yang sunat dipertontonkan. Meminta orang lain membacakan doa keselamatan baginya sedang dia malas untuk menadah tangan apa lagi menyebut 'amiin'. 

Saya mengajak pembaca untuk memahaminya. Bayangkan jika golongan inilah 3.5/4 jumlahnya sekarang? Dan kebanyakkan daripadanya orang yang mempunyai kedudukan dalam mata masyarakat. 

bersambung... 

tembuakar@yahoo.com

Ahad, 2 November 2014

Pentadbir Rezki dan Nikmat

Sebaik-baik pengawas makanan itu adalah Allah ajja wa jalla. Dia-lah pentadbir dan penguasa segala rezki dan nikmat!

Dia telah mengamanahkan kepada makanan itu agar tidak toyyib bagi sesetengah manusia tetapi toyyib kepada manusia yang lainnya. Dan telah jelas Haram itu memberi mudharat kepada manusia kecuali mereka yang tidak berfikir.

Sebagai tamsil;
¤ Anda renung bagaimana sesuatu makanan (halal) itu toyyib bagi si A tetapi allergic (alahan) bagi si B?

¤ Anda fikir bagaimana sesuatu makanan itu menjadi ubat kepada si C tetapi racun (punca sakit) bagi si D?

¤ Anda kaji bagaimana sesuatu makanan itu memberi sedap (nikmat) kepada si E tetapi loya (mual) bagi si F?

Siapakah yang menetapkan dan mengawal bagi manusia akan perkara itu?!

Maka mana satu lagi daripada nikmat-nikmat yang Allah kurniakan ke atas kamu yang kamu hendak dustakan?!

tembuakar@yahoo.com

Rabu, 8 Oktober 2014

MASJID DIBINA


Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;

Dengan penuh rendah hati dan bersyukur atas segala ni'mat yang telah dikurniakan Allah, dengan ini saya mewakafkan sebahagian tanah lot saya di Kg Takad Selatan Apin Apin Keningau untuk mendirikan Masjid. 

SubhanAllah, Terima kasih kepada keluargaku dan sahabat-sahabat yang sama-sama menyokong perjuangan Islam. 

Dengan itu saya menjemput SAUDARA-SAUDARAKU muslimin dan muslimat, pejuang-pejuang Islam, serta mana-mana orang-orang perseorangan dan kumpulan-kumpulan NGO, Swasta dan Kerajaan untuk bersama-sama saya membangunkan rumah Allah ini. Mudah-mudahan Allah memberkati dan merahmati sekalian kehidupan kalian.

Salurkan SAHAM AKHIRAT anda ke akaun [admin]: 
CIMB ISLAMIC : 7607784370
Sebarang maklumbalas, cadangan, dan perkembangan mengenainya kalian boleh terus hubungi saya ditalian 0138554383 atau menghantar pesanan e-mail : tembuakar@gmail.com 

Laman Khas bagi tujuan ini akan dibangunkan. 

tembuakar@yahoo.com

Gerhana Bulan Berdarah

Gerhana bulan: Alam sudah berbicara, tingkatkan ketaqwaan - Bersama Ustaz Ahmad Dusuki

Menjelang malam ini, rakyat Malaysia akan menyaksikan kejadian 'gerhana bulan berdarah' yang bakal diiringi beberapa lagi fenomena angkasa lain yang unik dan jarang berlaku.

Selain menjadi tumpuan bersifat akademik bagi peminat dunia astrologi secara keseluruhannya, tanda-tanda istimewa cakerawala ini turut membawa pemahaman manusia dan umat Islam khususnya tentang kebesaran Allah SWT.

Menurut maklumat yang diperolehi daripada laman web Persatuan Falak Syari Malaysia, fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi pada bulan Zulhijjah ini iaitu pada hari ini (8 Okt 2014) bersamaan dengan malam 14hb Zulhijjah 1435H. Masa berlakunya gerhana seawal jam 5: 15 petang dan akan tamat pada 8:34 malam. Gerhana Bulan akan hanya dapat kelihatan di seluruh Malaysia ketika waktu maghrib, iaitu terbenamnya matahari di langit barat dan timbulnya bulan purnama di langit timur.

Sumber gambar: Gerhana Bulan Penuh pada 10 Disember 2011, Agensi Angkasa Negara.

Tidak kurang juga, kejadian gerhana bulan turut membawa beberapa persoalan dan anggapan silap yang harus dikikis.

"Adalah salah untuk mengaitkan kejadian gerhana bulan dengan musibah dan juga kemudaratan. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliyah dahulu yang beranggapan bahawa setiap kali kejadian gerhana berlaku, pasti ada kaitan dengan suatu bala atau kematian," ujar pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Menurutnya, selepas kedatangan Islam, kepercayaan bersifat khurafat itu telah dihapuskan dan diganti dengan pemahaman yang lebih baik. Umat Islam seharusnya melihat kejadian tersebut sebagai peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengakui kebesaran dan kekuasaan-Nya.

"Kita diingatkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan bertasbih kepada Allah. Malah ketika itu, seluruh alam bertasbih kepada-Nya," kata Ahmad Dusuki yang menggalakkan umat Islam agar mendirikan solat sunat gerhana bulan yang merupakan ibadah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.

Pada masa yang sama, melalui kejadian-kejadian seumpama ini, terbit juga perspektif yang lebih luas iaitu tentang usia cakerawala ini.

"Ini juga adalah peringatan yang baik buat kita semua tentang penghujung zaman. Apabila manusia semakin lupa kepada-Nya dan membelakangkan ajaran Islam serta tidak mempedulikan nasihat alim ulama misalnya, maka Allah jadikan sesuatu untuk menunjukkan kekuasaannya. Alam sudah mula berbicara," kata Ahmad Dusuki.

Tambahnya, kekerapan fenomena besar dan bencana dahsyat dan berlaku sekarang ini seperti gelombang tsunami, taufan, tanah runtuh dan kekerapan berlakunya petir adalah suatu bentuk peringatan Allah tentang alam ini yang sedang menuju akhirnya.

tembuakar@yahoo.com


Kredit : Hamzah Hamid, Astro Awani, Kemaskini: Oktober 08, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 08, 2014 16:42 MYT



Isnin, 22 September 2014

MALAM YANG JAGA

Ketika anda terjaga pada malam hari
dikala semua manusia lena beristirehat,
dan anda hilang rasa hendak tidur
walau kepala dilabuh ke bantal,
badan dibaringkan pada keempukkan tilam
namun sukar mata untuk padam

Ketahuilah saudaraku
Allah sedang menyapah kita secara peribadi
tanpa memberitahu pada yang lain
dan dikala amat sedikit dari kalangan mereka yang tahu yakni sedar,
dan turut jaga yakni bangun
Allah menjemput kita untuk bertamu dengan-Nya
dan memberi peluang istimewa kepada kita
agar terus sujud kepada-Nya
dikala yang lainnya lena (alfa)
dikala mereka sedang lupa (tidur)
diberikan-Nya kita ruang
untuk meminta tanpa yang lain tahu
agar kita tidak segan dan malu
dan hanya kepada-Nyalah kita berserah akan sesuatu
tanpa perlu dibantu;


Rahsia 1; Ajal dan Ganjaran



Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

(Al-An'aam 6:60)


Rahsia 2; Maut dan rezeki



"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".

(A-li'Imraan 3:27)


Ajal dan maut, ganjaran dan rezeki adalah KEKUASAAN ALLAH! Jangan mencampuri urusan-Nya, kita hanya hamba yang hina dan hanya Allah sahaja yang layak disembah dan kepada-Nya sahajalah kita meminta pertolongan. Allahu a'lam bissawab.

Ingatan dan peringatan kita.


tembuakar@yahoo.com


Pernah diterbitkan difacebook pada 18 September 2014

Ahad, 27 Julai 2014

Semoga bertemu lagi wahai Ramadhanku

Salam Ikhlas

Kewajipan Berpuasa

Ramadhan datang dengan seribu satu rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mentarbiyah kita menjadi hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Itulah tujuan utama difardhukan ibadah puasa sebulan di bulan Ramadhan kepada kita semua seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Perintah Ikhlas Kerana Allah Ta'ala


"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar."

Hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam

Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam; "Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya seumpama dua baru lahir dari rahim ibunya." (Riwayat Ahmad).

Diriwayatkan Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya melaksanakan qiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan bersungguh-sungguh (yakni tidak menunjukkan suatu perkara yang wajib), seraya bersabda; "Barang siapa melakukan qiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan reda dan ganjaran Allah akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu". (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)


Ramadhan 1435H melabuh tirai - Semoga bertemu lagi wahai Ramadhanku


RANAU - 29 Ramadhan 1435 H [27 Januari 2014] 06:45

tembuakar@yahoo.com

Selasa, 15 Julai 2014

Wahyu Yang Maha Agung

Salam Nuzul Qur'an - 17 Ramadhan 1435H

https://www.facebook.com/pages/Mukjizat-Muhammad/677422718957936

tembuakar@yahoo.com
PELUANG KERJAYA - DAFTAR SEGERA - TERHAD

Kursus Perunding Takaful & Kewangan Islam

Takaful Ikhlas Ranau Agency [TIRA] menawarkan Kursus sebagai Perunding Takaful di ejensi kami.

Kelayakan;
> SPM dan yang setaraf [lelaki/perempuan]
> belum bekerja / juga terbuka kepada penuntut IPT
> peserta yang tinggal di sekitar Ranau, Tambunan, Keningau, Tuaran, Tamparuli dan Kota Kinabalu adalah menjadi keutamaan. Lokasi Kursus berhampiran tempat anda.
> umur : 21 - 28 Tahun
> Elaun Kerja Luar dan Komisyen
> Tempoh Kursus:
FASA3: JULAI - SEPT 2014
FASA4: OKT - NOV 2014
Untuk pendaftaran, Sila emel ke tembuakar@yahoo.com atau inbox di facebook : Tembuakar Corp / butiran peribadi seperti Nama, No. K/P, No. H/P, Alamat semasa, Pengalaman kerja (jika ada). Pemohon yang berjaya terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

Tarikh tutup permohonan :
FASA3 [ambilan JULAI 2014] : 26/06/2014 - Khamis
FASA4 [ambilan OKTOBER 2014] : 25/09/2014 - Khamis
Temuduga : FASA3 - 27/06/2014 - Jumaat 3pm
26/09/2014 - Jumaat 3pm

Peserta adalah terhad. Bertindak segera.

Tembuakar Motorsports

Gerhana Bulan 16/06/2011

Program TIRA


SUMAZAU DANCE

Tanak Kampung [Popular Sabahan Song 2010-2011]

Sinding Bontugan

AKU DAN SESUATU 1

Terima Kasih